Pernahkah anda bermimpi untuk memiliki sebuah stokis perniagaan sendiri? Jika jawapan anda Ya, sertai kami di eCosway. Jangan lepaskan peluang keemasan ini, jadilah yang terawal untuk memiliki sebuah stokis perniagaan sendiri dengan kos permulaan dan risiko yang rendah. Kami akan membantu anda mencapai impian dan matlamat selama ini. Bersama kami di dalam rangkaian Francais eCosway dengan memiliki sebuah stokis perniagaan.

Perniagaan Francais di kategorikan sebagai perniagaan sendiri, iaitu kita sebagai Francaisi dan pemberi hak francais itu pula dikenali Francaisor. Perniagaan Francais memerlukan modal yang besar sekitar RM200,000 hingga RM2.5 juta sebagai permulaan. Biarpun perniagaan francais memerlukan modal yang besar, namun keuntungan yang bakal diperolehi juga berlipat kaliganda. Titik pulangan modal juga mengambil masa yang lama dan menjangkau beberapa tahun.

Perniagaan Francais bersama eCosway

Namun begitu peluang ini tidak ramai yang tahu, atas dasar inilah maka kami berikrar untuk berkongsi maklumat menyebarkan dan menghebahkan projek ini kepada orang ramai. Kami juga ingin menjadi medium perantara di antara eCosway dan anda untuk memiliki sebuah stokis perniagaan eCosway sendiri
Apa yang menariknya tentang projek ini?
Projek Francais eCosway menyediakan semua kemudahan berikut kepada bakal pemilik stokis seperti:
1. Sewa kedai PERCUMA.
2. Pengubahsuaian kedai PERCUMA.
3. Infrastruktur PERCUMA. (TV Plasma, Pemain DVD, Penyaman Udara, Pemasangan Talian Telefon, Pemasangan CCTV, Sistem Pintu Keselamatan serta semua kelengkapan operasi kedai yang berkaitan).
4. Stok barang perniagaan bernilai RM300,000-RM500,000 PERCUMA.
5. Bil Elektrik dan Air PERCUMA.
6. Promosi perniagaan PERCUMA.
eCosway yang dilancarkan pada 2002 merupakan sebuah syarikat antarabangsa yang giat berkembang pesat dan berpusat di Kuala Lumpur, Malaysia. eCosway mempunyai ribuan pusat jualan di serata Asia dan juga Australia.
eCosway adalah subsidiari Cosway Malaysia (diasaskan pada 1979) dan ahli Kumpulan Berjaya sebuah konglomerat utama di Asia yang menjalankan perniagaan berteraskan: Pemasaran Konsumer dan Jualan Terus, Perkhidmatan Kewangan, Makanan & Minuman, Pelaburan & Pembinaan, Hartanah, Pelancongan Berkongsi Masa, Hotel, Resort & Pembangunan Rekreasi, dan Pemegangan Pelaburan. Selain itu, Berjaya juga mempunyai kepentingan dalam perniagaan berkait-internet, utiliti, penyiaran, media, telekomunikasi dan pendidikan.
